Hasbullah menang dengan 'pukulan KO' tewaskan Filipina
PEJUANG tempur profesional Malaysia (seni bela diri), Mohammad Hasbullah Sanmin mencatatkan satu pukulan KO (knock out) pencabarnya dari Filipina Eros Bunag untuk memenangi South East Asia (SEA) Title Belt dalam Borneo Martial Arts Expo ke-3 (BMAEX) 2019 hari ini.
Pejuang berumur 25 tahun dari ‘Garagas Fight Team’ dari Keningau, Sabah (bekas juara BMAEX 2017 – ISKA K1 kejohanan nasional) terkenal dengan tumbukan brutal menewaskan Bunag dari Kyokushin Fight Academy dalam pusingan kelima dalam masa dua minit dan 11 saat,
"Saya berlatih sendiri selama dua bulan sebelum bertarung di Labuan.... Saya tidak mempunyai latihan yang betul sebagai persediaan ke gelanggang kerana saya juga terlibat melatih atlet saya untuk Sukan Sabah IX.
“Saya berterima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan saya atas sokongan mereka terhadap penyertaan saya ke dalam kejohanan prestij ini," katanya selepas menerima tali pinggang berkenaan daripada Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli di venue utama Palm Beach Resort dan SPA.
Sementara itu pengasas BMAEX, Alvin Chong berkata, Kejohanan SEA title belt merupakan pertarungan Muay Thai yang berlangsung dalam lima pusingan dengan setiap pusingan berlangsung selama tiga minit.
"Anda mungkin akan bertarung untuk tempoh yang lebih pendek jika anda tumbangkan lawan anda, atau lawan anda tumbangkan anda terlebih dahulu, tapi Hasbullah berjaya melepasinya,” katanya.
Bagi Title Belt 63kg Malaysia, Dean Hamsah dari Team Karabaw muncul juara selepas mengalahkan lawannya dari Pasukan D-30 Fight Team, Morris Hii dalam keputusan ‘split’.
Kenneth Zamudio 'The Citius' dari Filipina (Project Mayhem) merupakan pemenang bagi Borneo Title Belt 57kg menentang pejuang Malaysia, Shah 'The Black Machine' (Unicorn 66) dalam keputusan ‘split’.
Malaysia Hisyam Samsudin (Ewako MMA) memenangi 70kg Borneo title belt selepas mengalahkan pejuang Brunei Abdul Rahman (Chainblock Muay Thai) juga dalam keputusan ‘split’.
Pejuang profesional Brunei Wali Rahman dari pasukan Madness Muay Thai muncul juara dalam Borneo Title Belt 75kg dalam keputusan ‘split’ menewaskan pejuang Malaysian Chew Zhi Kong dari pasukan D-30 Fight Team.
Seterusnya bekas juara BMAEX Super 4 (2018), Jian Kai Chee terpaksa menerima kekalahannya selepas kehilangan Borneo Title Belt 75kg kepada pejuang Brazil Fabiano Hawthorne dari pasukan Tiger Muay Thai dalam keputusan ‘split’.
Pejuang Amerika Will ‘The Kill’ Chope dari pasukan MuayFit PJ/Evolve Health Club Phuket pula menumbangkan pejuang Malaysia Alex Lim dengan pukulan TKO (teknikal knock-out).
Pejuang Labuan dari Borneo Combat Gym (BCG) Mike Sidis membanggan pulau Labuan apabila beliau memenangi Borneo Title Belt 80kg menewaskan pejuang Iran, Mostafa ‘White Scorpion’ Ashouri dari pasukan Team Scorpion.
Acara sukan ekstrim antarabangsa Labuan berlangsung pada 14 dan 15 Disember lalu dengan penyertaan lebih 500 peserta tempatan dan luar negara termasuk dalam kejohanan tempur amatur, Bengkel Japanese Jiu-Jitsu Self-Defense, Martial Arts Fun Game dan Martial Arts Seminar oleh Presiden Persatuan Mixed Martial Arts (MMA) Malaysia Rashid Salleh dan wakil ISKA Brunei merangkap bekas jurulatih pasukan kebangsaan Taekwondo Brunei Adev Hi Hussin.
Alvin berkata, bilangan pejuang MMA profesional asing dijangka meningkat dua kali ganda berikutan sambutan positif daripada pelbagai kelab antarabangsa.
Sementara itu Rozman berkata, beliau optimis acara antarabangsa itu akan membantu dalam memacu pelancongan sukan Labuan.
Antara yang tampil menyampaikan title belt kepada pemenang hari ini ialah Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rithuan Ismail, Timbalan Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Labuan, Azmi Ahmad Ross dan Pengurus Besar Dorsett Grand Labuan, Masni Shaik Dali. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!