Dulu serang saya, kini minta tolong: Najib

Najib mengulas tentang isu kenaikan harga barang.
Najib mengulas tentang isu kenaikan harga barang.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelik dengan kerajaan PH dalam menangani isu kenaikan harga barang.

Meskipun sebelum ini dituduh kononnya gagal mengatasi masalah itu, namun kini beliau mempersoalkan apabila diminta kerajaan untuk membantu mereka dalam perkara berkenaan.

"Dulu berbuih-buih dan bergilir-gilir mereka serang saya tiap-tiap hari dengan menuduh saya gagal menangani kenaikan harga barang.

"Kini mereka mahu minta saya tolong?," soalnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Najib berkata, beliau turut terhibur melihat 'telatah' kerajaan yang hanya pandai cakap, tetapi tidak boleh melaksanakannya.

"Dulu pandai cakap. Buat tak boleh (bila sudah jadi kerajaan)," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut memberikan cadangan agar menteri tidak mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman harga barang turun 2 sen.

Cadangan itu dilihat menyindir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang memberi jaminan harga telur ayam semua gred akan turun dua sen selepas mengalami kenaikan ketara baru-baru.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenaikan harga barangan: Saifuddin minta Najib bantu kementerian]

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta Najib agar membantu kementerian itu menangani kenaikan harga barang di pasaran.

Katanya, aduan yang kerap dapat membantu kementeriannya dari semasa ke semasa.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin puji Najib pengguna bijak, ucap terima kasih]

Kelmarin, Saifuddin Nasution dalam Twitter peribadinya memuji Najib kerana menjadi pengguna bijak dengan melaporkan berkaitan harga telur ayam yang tidak turun.

Najib sebelum itu berkunjung ke Pasar Datuk Keramat meninjau harga barang dan mendapati peniaga di pasar berkenaan tidak menurunkan harga telur seperti yang diumumkan KPDNHEP.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!