Bom tangan dalam pusat kitar semula
BANDUNG - Pekerja di sebuah pusat kitar semula di Jawa Tengah, Indonesia gempar apabila menemui sebutir bom tangan dalam premis itu hari ini.
Kejadian berlaku di daerah Leuwigajah, Cimahi Selatan.
Ketua Polis Cimahi Selatan, Komisioner Ana Sudarna berkata, bahan letupan itu ditemui dalam plastik hitam semasa kerja pembersihan di premis berkenaan.
"Ia seperti baru tapi kami tidak tahu sama ada ia aktif ataupun tidak. Kami masih melakukan pemeriksaan.
"Apa pun, kami menasihati anggota masyarakat supaya melaporkan terus sebarang penemuan objek mencurigakan kepada polis," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!