Ikmal kesal tindakan gantung sepanduk

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
A
A
A

TANAH MERAH - Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung

sepanduk di beberapa kawasan di bandar ini berhubung kedudukan beliau yang tidak harus di terima dalam PH.

Ikmal yang juga Ahli Parlimen Bebas berkata, perkara itu sengaja dicetuskan pihak yang tidak mahu beliau bersama PH.

“Saya amat kesal dengan tindakan pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati terhadap saya jika saya bersama parti itu. Setakat ini saya masih belum buat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik pun selepas keluar Umno,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun parti yang beliau wakili, niatnya hanya satu iaitu ingin membantu rakyat di Tanah Merah dan meningkatkan infrastruktur untuk kebaikan bersama.

“Setakat ini saya berjaya membawa projek termasuk projek lingkaran bertingkat, pembinaan dewan sekolah, pembinaan bangunan hospital tambahan dan pelbagai lagi ketika dalam era Umno dahulu dan ia bukan untuk kepentingan sendiri malah untuk kemudahan rakyat di Tanah Merah.

“Seharusnya mereka bertindak matang dalam politik dan saya hormati keputusan semua pihak,” katanya.

Beliau turut memuji kebijaksanaan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa ingin membangunkan negara ke arah Malaysia maju.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!