Skuad ragbi B-19 negara nyaris atasi UAE

Pemain UAE, Alistair Hess (dua, kiri) diasak dua pemain negara Muhammad Fuad Mohd Saleh (kiri) dan Adam Arif Alias (tiga, kiri) pada Kejohanan Ragbi Asia B-19 Divisyen Dua di UPM hari ini.
Pemain UAE, Alistair Hess (dua, kiri) diasak dua pemain negara Muhammad Fuad Mohd Saleh (kiri) dan Adam Arif Alias (tiga, kiri) pada Kejohanan Ragbi Asia B-19 Divisyen Dua di UPM hari ini.
A
A
A

SKUAD Bawah 19 Tahun negara hampir mencatat kemenangan dramatik ketika berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pertama Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 Tahun (B-19) Divisyen Dua yang menyaksikan kedua-dua negara terikat 12-12 di Padang A, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Skuad bimbingan Ketua Jurulatih Mohd Farid Syazwan gagal menyempurnakan conversion diambil Muhammad Faiq Aslah Mohd Satar setelah mengikat kedudukan 12-12 di minit akhir permainan menerusi try Noor Alif Ikhmal Noor Hisham pada minit ke-70.

Aksi yang berlangsung dalam keadaan hujan dan cuaca mendung itu dihadiri ratusan penyokong, namun sebarang try gagal dilakukan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama.

Malaysia tidak menunggu lama untuk mendahului 7-0 apabila Adam Arif Alias berjaya melakukan try pada minit ke-39 sebelum Muhammad Faiq menyempurnakan conversion.

Pemain negara Muhamad Hafiezie Sudin (kiri) diasak pemain UAE, Sebastian Snass (dua, kiri) pada Kejohanan Ragbi Asia B-19 Divisyen Dua di UPM hari ini.
-- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemain negara Muhamad Hafiezie Sudin (kiri) diasak pemain UAE, Sebastian Snass (dua, kiri) pada Kejohanan Ragbi Asia B-19 Divisyen Dua di UPM hari ini. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

UAE bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-47 melalui try Stuart Duncan dan conversion oleh Justin Brits sebelum Hamish Anderson meletakkan UAE mendahului 12-7 pada minit ke-62.

"Kita memang dah persiapkan barisan pemain untuk berjumpa pasukan yang memiliki pemain berfizikal besar tetapi dalam masa sama kita bekerja keras berlatih untuk mengekang asakan mereka.

"Saya berbangga dengan pemain saya kerana mereka bermain bermati-matian untuk ikut strategi pasukan, cuma kesilapan dilakukan menyebabkan kita kena (dihukum) dua try,” kata Mohd Farid kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Malaysia dan UAE akan kembali berentap dalam aksi kedua Rabu ini di venue sama dengan pemenang akan dinaikkan ke Divisyen Satu pada musim 2020.

Mohd Farid menjelaskan beraksi di Divisyen Satu merupakan misi pasukannya pada saingan kali ini.

"Untuk perlawanan kedua kita akan fokus daripada aspek teknikal pasukan. Berdasarkan perlawanan hari ini kita sudah mengenal pasti beberapa kelemahan pasukan lawan.

"Kita akan gunakan sepenuhnya kelemahan mereka untuk memastikan pasukan remaja kita menang dan capai misi beraksi di Divisyen Satu musim depan,” jelas Mohd Farid. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!