Guerrieri ungguli Race 2 WTCR of Malaysia

Pemandu pasukan All-Inkl.com Munnich Motorsport Esteban Guerrieri beraksi pada perlumbaan kedua Races of Malaysia: FIA World Touring Car Cup (FIA WTCR) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemandu pasukan All-Inkl.com Munnich Motorsport Esteban Guerrieri beraksi pada perlumbaan kedua Races of Malaysia: FIA World Touring Car Cup (FIA WTCR) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

A
A
A

SEPANG - Pemandu dari Argentina, Esteban Guerrieri berjaya merapatkan jurang perbezaan mata kejohanan selepas memenangi Race 2 World Touring Car Cup (WTCR) Race of Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang di sini.

Guerrieri yang memandu untuk pasukan ALL-INKL.COM Munnich Motorsport berada dalam lingkungan 10 mata di belakang peneraju Norbert Michelisz dari pasukan BRC Hyundai N Squadra Corse.

“Saya berikan sepenuhnya, saya bayangkan apa yang akan berlaku dalam pusingan pertama, dan terus melakukannya. Kereta beaksi dengan baik, terima kasih untuk pasukan saya. Kami sudah menghampiri peneraju, masih bersaing hebat,” kata Guerrieri.

Dalam perlumbaan di tengah hujan lebat hari ini, Guerrieri mencatatkan kepantasan satu jam 28 minit dan 45.146 saat, 1.023 saat di hadapan Mikel Azcona dari pasukan PWR Racing, manakala Johan Kritoffersson dari pasukan Sebastien Loeb Racing Volkswagen menduduki tempat ketiga dengan 1' 28:46.514s.

Sejak awal perlumbaan di pusingan pertama ladi, rakan sepasukan Guerrieri, Nestor Girolami memecut laju memotong pemandu di petak pertama reverse-grid Pole Position Ma Qinghua.

Bagaimanapun drama di sebalik kepantasan pemandu berumur 34 tahun memaksa ‘red flag’ dikibarkan, dan perlumbaan digantung sementara disebabkan hujan lebat.

Kenderaan keselamatan baharu sahaja hendak dimulakan apabila kenderaan dipandu Nicky Catsburg dari pasukan BRC Hyundai N LUKOIL Racing Team yang tergelincir selepas terkena kenderaan yang dipandu Yvan Muller, terbakar, selepas baharu kembali ke litar. Catsburg tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bintang dari Malaysia Mitchell Cheah dari Hyundai Team Engstler pula mempamerkan prestasi yang meningkat sebagai pemandu wildcard terbaik dalam Race 2, apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dengan catatan masa 1' 28:56.420s.

Artikel Berkaitan:

Rakan sepasukan, Hafizh Syahrin Abdullah turut melangkah ke kedudukan di tempat ke-22 dengan catatan masa 1' 29:03.305s.

Race 3 akan bermula pukul 8.30 malam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!