Tayangan amal 'Jumanji-The Next Level' kutip RM44,000

Alsyukri (tiga dari kiri) dan Ken (tiga dari kanan) memegang mok cek dikumpulkan melalui tayangan amal filem 'Jumanji-The Next Level' di Aman Sentral di sini baru-baru ini.
Alsyukri (tiga dari kiri) dan Ken (tiga dari kanan) memegang mok cek dikumpulkan melalui tayangan amal filem 'Jumanji-The Next Level' di Aman Sentral di sini baru-baru ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira RM44,000 berjaya dikumpulkan melalui tayangan amal filem 'Jumanji-The Next Level' anjuran Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dengan kerjasama Aman Sentral dan Golden Screen Cinemas (GSC) di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Jabatan Operasi MBI Kedah, Alsyukri Hamzah berkata, penyumbang berpeluang menyaksikan tayangan filem bersama minuman dan bertih jagung melalui pembelian tiket wayang berharga RM50.

Beliau berkata, sebanyak 603 tiket terjual kepada penyumbang antaranya Enviroment Idaman (E-Idaman), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK), Cypark Resource Berhad, Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan sumbangan individu melalui tayangan amal itu.

Kutipan tayangan amal berkenaan akan digunakan demi membantu golongan kurang bernasib baik pada tahun hadapan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Antara aktiviti dicadangkan ialah sumbangan wang tunai, tajaan kos perubatan dan keperluan persekolahan serta asas untuk golongan kurang bernasib baik ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran & Komunikasi Aman Sentral, Ken Chin berkata, aktiviti sedemikian disifatkan penting memandangkan mana-mana musim perayaan perlu diraikan semua rakyat Malaysia.

Menurut Ken, pihaknya melihat waktu ketika ini juga adalah masa terbaik bagi mereka untuk memberi semula kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Terdahulu, sekumpulan kanak-kanak di bawah jagaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kota Setar turut diberi peluang menyaksikan tayangan amal tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!