Gedung perabot dilanda banjir

Bahagian parkir turut ditakungi air selepas pam air tidak berfungsi.
Bahagian parkir turut ditakungi air selepas pam air tidak berfungsi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi sebuah gedung perabot di Cheras di sini terpaksa ditutup malam tadi selepas aras bawah bangunan tersebut dimasuki air.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Mohamad Shukri Abidin berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 6.45 petang.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada masalah pam air yang tidak berfungsi.

"Pam air tidak mampu menampung air yang masuk ke dalam premis selepas hujan lebat dan saliran tersumbat.

Keadaan aras bawah pusat beli-belah yang ditakungi air semalam.
Keadaan aras bawah pusat beli-belah yang ditakungi air semalam.

"Tiada kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda yang berlaku," katanya.

Katanya, tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak pengurusan untuk menutup sementara kawasan yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!