Imigresen gempur kedai makan, runcit, setinggan

Antara warga asing yang diperiksa.
Antara warga asing yang diperiksa.
A
A
A

SHAH ALAM - Premis makanan, kedai runcit dan kediaman setinggan melibatkan pendatang asing tanpa izin (Pati) digempur Jabatan Imigresen Selangor.

Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam itu dilaksanakan di lapan lokasi berasingan membabitkan tiga daerah, Klang, Petaling Jaya dan Batu Caves, hasil maklumat dan risikan.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, seramai 83 warga asing telah diperiksa dan 68 orang daripada mereka telah ditahan berusia lingkungan dua hingga 53 tahun.

"Daripada jumlah yang ditahan itu, 43 orang adalah lelaki, 24 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

"Mengikut pecahan warganegara, Indonesia (51 orang), Bangladesh (9 orang), India (3 orang), Myanmar (2 orang) dan Pakistan (3 orang)," katanya.

Mohamad Shukri berkata, kesemua Pati ini dikesan melakukan kesalahan tidak memiliki pas atau permit yang sah dan menyalahgunakan pas.

Katanya, Pati ini telah direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, pihaknya akan sentiasa mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa bagi membendung dan membanteras Pati selain majikan yang didapati menggajikan serta melindungi Pati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!