Banjir: 200 pengguna jalan raya terperangkap 24 jam
![Keadaan mangsa yang terperangkap di laluan Kota Tinggi - Mersing yang diselamatkan tengah hari tadi.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/12/16/561994.jpg)
KOTA TINGGI - Kira- kira 200 pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Jalan Kota Tinggi- Mersing terperangkap sejak 24 jam lalu berikutan jalan berkenaan dilanda banjir.
Difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah membuka pos kawalan hadapan sejak jam 12 tengah hari tadi.
![Agensi penyelamat bersiap sedia menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Jalan Mersing-Kota Tinggi.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/12/16/561996.jpg)
Malah operasi menghantar bantuan makanan dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap sudah digerakkan jam 7 petang semalam.
Setakat jam 3.54 petang tadi, seramai 84 orang telah diselamatkan dan ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Kota Tinggi.
Laluan utama Kota Tinggi-Mersing dinaiki air banjir menyebabkan terdapat kawasan menjadi seperti pulau.
![No Image Caption](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/12/16/561995.jpg)
![Tinjauan udara oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor di laluan Kota Tinggi- Mersing.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/12/16/561997.jpg)
Usaha masih dilakukan bagi menyelamatkan kesemua pengguna jalan raya yang terkandas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!