Perlu pendidikan satu aliran, sistem

A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia perlukan pendidikan satu aliran atau sistem di sekolah rendah bagi mengukuhkan asas keharmonian negara pelbagai kaum dan integrasi nasional.

Profesor Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Harun berkata, ini kerana sistem pendidikan terasing di negara yang berlarutan sejak 60 tahun lalu menyebabkan tiga aliran pendidikan yang berbeza, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Katanya, ia dilihat melemahkan asas pembinaan negara disebabkan masalah itu.

"Baru-baru ini wujud bibit keraguan antara kaum. Ini menunjukkan pendidikan asas tidak begitu baik.

"Sekarang ini yang jadi masalahnya. Isu besarnya bagaimana hendak jadikan sekolah rendah dalam satu sistem atau aliran," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-84 bertajuk Pendidikan Rendah: Apa yang Masih Kurang? anjuran bersama Majlis Profesor Negara di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, masalah perancangan dan penyampaian pendidikan yang sama menyebabkan kepelbagaian potensi murid tidak dapat diasah sepenuhnya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!