Yusoff Rawther: Polis rakam keterangan lapan individu

Laporan sinar harian Jumaat lalu. Gambar kanan: Datuk Huzir Mohamed
Laporan sinar harian Jumaat lalu. Gambar kanan: Datuk Huzir Mohamed
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai lapan orang termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi keterangan kepada polis dalam membantu siasatan kes yang didakwa fitnah terbaharu terhadapnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan melihat keperluan untuk menggunakan mesin poligraf," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis rakam keterangan Anwar

Sebelum itu, Muhammed Yusoff Rawther telah membuat satu akuan bersumpah (SD) berhubung dakwaan cabul terhadap dirinya pada 19 November, kemudian membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur.

Polis telah merekod keterangannya sebanyak dua kali dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sambung rakam keterangan Yusoff Rawther

Sementara itu, Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata anak guamnya, Muhammed Yusoff bersetuju menjalani ujian poligraf atau ujian pengesan pembohongan untuk membantu siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual membabitkan Anwar.

Haniff berkata, Muhammed Yusoff sedar bahawa hasil ujian poligraf itu akan diputuskan oleh hakim di mahkamah.

"Beliau bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi membantu mereka membuat kesimpulan siasatan dengan adil dan meyakinkan," kata.

Artikel Berkaitan:

Dalam Akuan Bersumpah bertarikh 19 November, Mohammed Yusoff mendakwa kejadian itu berlaku di kediaman Anggota Parlimen Port Dickson berkenaan di Segambut pada 2 Oktober 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!