Jumlah mangsa banjir di Johor masih tinggi

Pemandangan dari atas udara menampakkan kawasan rumah di sekitar Kota Tinggi yang terjejas akibat banjir ketika tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini. -Foto Bernama
Pemandangan dari atas udara menampakkan kawasan rumah di sekitar Kota Tinggi yang terjejas akibat banjir ketika tinjauan Bernama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Situasi banjir di negeri ini tidak banyak berubah pada sebelah petang apabila masih merekodkan jumlah mangsa banjir yang tinggi iaitu seramai 8,537 orang.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, sebanyak 86 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lapan daerah terjejas banjir.

Menurutnya, daerah tersebut ialah Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Pontian, Kulai Dan Johor Bahru.

"Daerah Kluang merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,640 orang dengan 28 PPS dibuka diikuti Kota Tinggi seramai 2,123 orang dengan 14 PPS.

"Amaran cuaca waspada ( kuning) diletakkan bagi daerah Kota Tinggi, Mersing, Kulai,Segamat dan Kluang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!