Tentera Israel tahan 17 rakyat Palestin di Tebing Barat
RAMALLAH - Tentera rejim Israel pada Isnin menahan 17 rakyat Palestin di beberapa bandar di Tebing Barat, lapor agensi berita Petra memetik kenyataan sumber Palestin.
Menurut kenyataan itu, Persatuan Banduan Palestin berkata, tentera Israel telah menyerbu bandar Hebron, El- Beira, Ramallah, Tulkarem dan Nablus serta menahan 17 rakyat Palestin atas alasan mereka merupakan individu yang dikehendaki pihak berkuasa Israel.
Tentera Israel melancarkan kempen menahan penduduk Palestin setiap hari di beberapa bandar dan kampung di Tebing Barat atas alasan yang tidak munasabah. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!