Berendam dalam longkang syarat sambung kontrak

Rakaman video tular menunjukkan kakitangan PPSU berdiri di dalam longkang sebagai syarat untuk melanjutkan kontrak mereka.
Rakaman video tular menunjukkan kakitangan PPSU berdiri di dalam longkang sebagai syarat untuk melanjutkan kontrak mereka.
A
A
A

JAKARTA - Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan kakitangan Agensi Penyelenggaraan Kemudahan Awam (PPSU) di Jelambar, Jakarta Barat berdiri di dalam longkang sebagai syarat untuk sambungan kontrak mendapat kecaman netizen dan pegawai di bandar itu.

Dalam video itu, lebih 30 kakitangan PPSU atau dikenali sebagai tentera oren dilihat berdiri dalam dua barisan dengan tangan diletakkan di bahu rakan sekerja di hadapan.

Di bahagian luar longkang, kelihatan beberapa pegawai lengkap memakai pakaian seragam kononnya sedang menyelia 'latihan' tersebut.

Penyelaras Persatuan Pegawai Kontrak K2 Jakarta (PHK2I), Nur Baitih mengesahkan individu di dalam longkang berkenaan adalah tentera oren Jelambar dan aktiviti itu adalah sebahagian daripada ujian untuk melanjutkan kontrak mereka di PPSU.

"Video tersebut betul. Mereka sedang mengambil ujian untuk menyambung kontrak tahun depan," katanya seperti dipetik kompas.com.

Nur Baitih bagaimanapun kesal dengan kejadian berkenaan dan menggesa Badan Penguatkuasaan Jakarta (BKD) untuk memberi penjelasan terutamanya tentang adakah ujian seperti itu dibenarkan.

Menurut Datuk Bandar Jakarta Barat, Rustam Effendi berkata, aktiviti tersebut dilakukan hanya untuk keseronokan dan kesemua kakitangan itu telah ujian lanjutan kontrak mereka.

"Ia bukan sebahagian daripada ujian, ia dilakukan selepas ujian. Mereka hanya berseronok. Tetapi ia agak melampau. Mengapa mereka memilih tempat seperti itu?" ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, aktiviti dalam video tersebut dirakam minggu lalu dan soal siasat telah dijalankan ke atas individu yang terlibat dalam ujian terbabit termasuk ketua Jelambar, Agung Tri Atmojo.

"Mereka mengaku bersalah dan akan dipecat. Biarlah insiden ini menjadi pengajaran untuk semua orang supaya sebarang proses pengajaran perlu dijalankan dengan cara yang bertamadun," tegasnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!