Menangis kerana latihan ping pong

Li YiYi gigih berlatih ping pong sehingga mengalir air mata ketika latihan. - Foto video South China Morning Post
Li YiYi gigih berlatih ping pong sehingga mengalir air mata ketika latihan. - Foto video South China Morning Post
A
A
A

BEIJING - Ketika Li YiYi sedaya upaya menahan air matanya daripada mengalir, kedengaran suara jurulatihnya menjerit, "Kalau kamu tidak boleh bertenang, pergi ke tepi".

Begitulah suasana ketika sesi latihan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu yang cuba mempelajari dan menguasai teknik bermain ping pong dengan baik.

Perkongsian sebuah video tular oleh South China Morning Post yang memaparkan kegigihan pemain cilik itu berlatih bukan sahaja menarik perhatian ramai malah ia turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video berdurasi 3.02 minit yang ditonton lebih 11 juta kali itu turut mengundang kemarahan warga media sosial yang antara lain mengkritik ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan beranggapan sesi latihan tersebut terlalu tegas.

"Bermain sukan adalah untuk keseronokan. Saya tidak melihat sebarang keseronokan di mata kanak-kanak ini," kata seorang pengguna laman sosial.

Difahamkan, YiYi menghadiri lima hingga enam sesi latihan intensif pada setiap minggu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!