8,527 mangsa banjir di Johor masih di PPS

Tinjauan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor di sekitar daerah Kota Tinggi yang berdepan bencana banjir.
Tinjauan udara Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor di sekitar daerah Kota Tinggi yang berdepan bencana banjir.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 8,527 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri ini setakat jam 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, jumlah mangsa itu melibatkan 2,310 keluarga yang ditempatkan di 89 PPS.

Menurutnya, jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Kluang iaitu seramai 2,632 mangsa dengan 28 PPS diikuti dengan Kota Tinggi iaitu seramai 2,107 mangsa yang ditempatkan di 15 PPS.

“Di Segamat pula seramai 1,525 mangsa ditempatkan di 27 PPS diikuti dengan Mersing iaitu 1,285 mangsa dipindahkan ke 10 PPS.

“Bagi di Pontian, seramai 226 mangsa ditempatkan di tiga PPS diikuti dengan Kulai (100 mangsa di dua PPS) dan di Batu Pahat (83 di tiga PPS),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, empat jalan di daerah Kota Tinggi masih ditutup akibat banjir iaitu di Kubu Lama (KM59 Jalan Johor Bahru – Mersing), Ladang Risda (KM80 Jalan Johor Bahru – Mersing), 500m dari Simpang Balai Mawai (KM42 Jalan Lok Heng – Mawai) dan Simpang Tunjuk Laut (Jalan Kota Tinggi – Mersing).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!