Tindakan fitnah Dayang Saniah permainan politik kotor

Noor Hariri Mohamed Noor
Noor Hariri Mohamed Noor
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Negeri Kelantan menyelar penyebaran berita dan maklumat palsu melibatkan isu Ketua Wanita Umno Bahagian Tanah Merah, Dayang Saniah Awang Hamid yang didakwa menyertai Bersatu.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan tersebut sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab semata-mata memburuk-burukkan reputasi Umno Tanah Merah dan peribadi Dayang Saniah.

Justeru katanya, UMNO Kelantan mahu Bersatu bertanggungjawab atas dakwaan tersebut bagi membersihkan nama Dayang Saniah.

"Kami anggap perkara ini serius kerana Dayang masih bersama kita," katanya.

Noor Hariri sebelum ini mendakwa, Ketua Bahagian Bersatu Tanah Merah, Bahari Mohd Nor mengesahkan Dayang Saniah disenaraikan sebagai ahli Bersatu.

"Perkara ini mengejutkan semua pihak terutama kepimpinan tertinggi UMNO negeri. Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika keadaan ini tidak dipulihkan termasuk mengenakan saman kepada mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.

"Ia merupakan fitnah melampau dan bersifat 'Gutter Politic' yang menjadi mainan kerajaan pada hari ini.

"Tindakan saman bertujuan mendesak pimpinan Bersatu Tanah Merah mengemukakan bukti jelas terhadap tuduhan serius ini. Jawablah di mahkamah nanti. Kita yakin, kebenaran akan menyebelahi kami semua yang teraniaya.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga menggesa polis menyiasat jenayah pemalsuan dokumen ini kerana Dayang Saniah sudah membuat satu laporan polis. Ini satu jenayah penipuan dokumen yang tidak beretika,"katanya.

"Kami amat yakin strategi Bersatu Tanah Merah yang mengisi ahli mereka secara senyap dan paksaan ini akan terbongkar apabila disiasat dengan lebih teliti dan adil.

"Amaran kepada Bersatu Tanah Merah, jangan jadikan pimpinan UMNO di sini sebagai kambing hitam bagi menutup masalah ketiadaan ahli sehingga berisiko kembali kepada parti sendiri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!