Bayi jatuh katil: Pengasuh dibebas dengan jaminan polis

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Pengasuh berusia 24 tahun yang disyaki terlibat kes kematian seorang bayi perempuan Sabtu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, keputusan dibuat selepas laporan bedah siasat ke atas kematian bayi berusia lapan bulan itu tidak berkait dengan unsur penderaan atau kesan kecederaan lain.

"Kejadian itu berlaku akibat kecuaian meninggalkan bayi keseorangan menyebabkan mangsa terjatuh dalam tong sampah dalam tempoh agak lama. Wanita itu dibebaskan selepas polis mengambil keterangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji di sini.

Mangsa ditemui dalam keadaan tertonggeng dengan kepala berada dalam sebuah tong sampah di tepi katil berkenaan oleh pengasuhnya sekitar jam 6.15 petang.

Ketika kejadian mangsa yang baru pandai merangkak ditinggalkan tidur di katil itu sendirian dengan dikelilingi bantal tinggi sebagai benteng sejak jam 5 petang.

Bayi terbabit telah diasuh di rumah itu sejak berusia 30 hari oleh wanita itu bersama ibunya berusia 45 tahun.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Bayi lapan bulan maut jatuh katil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!