[VIDEO] Terima kasih abang GrabFood
Jika sikap terpuji itu mampu disemarakkan oleh setiap individu, negara pasti akan lebih harmoni seperti mana perkongsian di Facebook Nee Soon Town Council menunjukkan pekerja GrabFood membantu warga emas melintas jalan ketika hujan.
Dalam status itu, menyatakan seorang warga emas dipimpin oleh seorang lelaki ketika melintas persimpangan lampu isyarat.
Video berdurasi 9 saat itu memaparkan lelaki itu menunggang basikal dengan membawa bekas makanan GrabFood dan memimpin tangan wanita itu sehingga selamat tiba ke tepi jalan.
Ramai netizen memuji lelaki terbabit yang sudi membantu walaupun dalam hujan.
Kata Prasana Kumari, "Saya hormati lelaki ini kerana memberikan bantuan. Moga Tuhan memberkati dia."
Menurut Nicholasse, "Terima kasih kerana bantu, wajar dipuji."
Hana Cheery memberitahu, dia sering kali menyaksikan penghuni di Yishun saling bantu membantu dan baik hati.
"Saya telah menyaksikan beberapa kali perbuatan seperti ini di Yishun. Ia kawasan kejiranan yang selamat."
Today, we witnessed another kind soul who helped an old lady across the traffic junction. This is the Yishun spirit we often spoke about. One that warms our heart this rainy season. #HomeWithAHeart
Posted by Nee Soon Town Council on Friday, December 13, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
Bob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
Staf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia
Pencarian MH370 mungkin berhasil
Jojo mahu tuntut bela kekalahan abang di tangan Estupinan
Terpaksa jual kambing serendah RM400 seekor untuk beli perabot