Si batik 'kekenyangan' dalam bakul
JEMPOL - Seekor ular sawa sepanjang tiga meter ditemui berlingkar dalam sebuah bakul di bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Ladang Geddes pagi tadi.
Penghuni kediaman, Teh Soi Hock,47, berkata, dia menyedari kehadiran itu ular itu kira-kira jam 8.30 pagi selepas menghidu bau busuk dan terus menghampiri pintu belakang dapur.
"Selepas diperiksa terdapat seekor ular sawa sedang berlingkar dalam bakul di luar rumah. Saya rasa ular ini sudah memakan seekor tikus," katanya.
Soi Hock kemudiannya menghubungi pasukan Bomba Sukarela Ladang Geddes.
"Tindakan pantas mereka menyelamatkan kami lima beranak termasuk ibu yang sedang uzur," katanya.
Sementara itu,Pengerusi pasukan Bomba Sukarela Ladang Gaddes, Phuan Er Cheng berkata, ular tersebut berjaya di tangkap dalam tempoh kurang 10 minit sebelum dilepaskan di kawasan hutan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!