Imran Khan tidak hadir Sidang Kemuncak KL

Dr Mahathir melihat persiapan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu. -Foto Bernama
Dr Mahathir melihat persiapan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang akan berlangsung di sini mulai esok sehingga Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri Tun, Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.

“Dr Mahathir menerima panggilan daripada Imran Khan semalam menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat menghadiri Sidang Kemuncak KL.

“Dr Mahathir menghargai panggilan daripada Perdana Menteri, Imran Khan untuk memaklumkan beliau tidak dapat hadir sidang kemuncak, di mana pemimpin Pakistan itu awalnya dijadualkan berucap dan berkongsi pandangannya berhubung keadaan hal ehwal dunia Islam,” menurut kenyataan itu.

Sidang Kemuncak KL antara lain bertujuan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah yang dihadapi dunia Islam dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam serta negara-negara Islam.

Ia juga berhasrat membentuk jaringan kerja pemimpin Muslim, para intelektual, ahli akademik dan pemikir dari seluruh dunia dan menghidupkan tamadun Islam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!