Shafee dakwa Azilah dibawa keluar dari penjara Kajang jumpa VVIP

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dibawa keluar dari Penjara Kajang untuk bertemu seorang kenamaan (VVIP) Februari lalu.

Bukan itu sahaja, Muhammad Shafee menambah, ada beberapa individu termasuk ejen kerajaan ke Australia untuk berjumpa dengan pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang kini berada di bawah tahanan pihak berkuasa negara itu.

“Ia dipercayai dilakukan bagi memujuk Sirul supaya membuat kenyataan menentang Najib.

“Ada maklumat yang sangat dipercayai yang saya tidak boleh sahkan, Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara pada Februari lalu,” katanya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Shafee berkata demikian pada sidang akhbar di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini selepas mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam usaha Azilah menyemak semula sabitan Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan ke atasnya pada 2015.

Shafee berkata, pertemuan itu berlaku tahun ini dan pihaknya mendapat tahu kali terakhir kumpulan berkenaan melawat Azilah adalah pada suku terakhir tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia menjadi tindakan ‘mala fide’ untuk mewujudkan sensasi terhadap Najib.

Dakwaan sama turut disuarakan penulis blog Malaysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin.

Beliau mendakwa Azilah turut menerima tawaran daripada seorang pemimpin politik untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup sekiranya membuat SD berkenaan.

Sementara itu, pihak Jabatan Penjara Malaysia ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan itu dalam waktu terdekat manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Semalam, Azilah mendakwa, Najib membuat arahan secara terus untuk membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Azilah ketika ini menanti hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu mengubah kenyataan dengan mendakwa dia menerima arahan berkenaan secara terus daripada Najib yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pengakuan itu, Azilah membuat pengakuan kononnya beliau bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.

Sirul dan Azilah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 atas kesalahan membunuh Altantuya pada tahun 2006.

Mereka berjaya mengenepikan sabitan itu di peringkat Mahkamah Rayuan pada tahun 2013, namun Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman mati itu.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Razak Baginda pula dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Seorang jurucakap Jabatan Peguam Australia pada Februari lalu menjelaskan, Sirul boleh dihantar pulang ke Malaysia dengan syarat satu aku janji diberkan bahawa hukuman mati tidak akan dilaksana.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Altantuya: Najib juga mahu polis siasat semula

Dakwaan Azilah adalah cerita orang terdesak: Najib

'Jika saya terlibat, BN tak akan mendakwa Azilah dan Sirul'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!