Hantar barang dapat percuma krim 'suncreen'

Paparan Twitter Jalal mendapat perhatian netizen.
Paparan Twitter Jalal mendapat perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar barang terkejut apabila menerima hadiah daripada pelanggan berupa krim tabir suria (sunscreen).

Pelayar Twitter, Jalal Baharin tidak menyangka pelanggan tersebut bermurah hati memberikan hadiah tersebut kepadanya.

"Tak sangka, duk hantar barang tapi pelanggan bagi 'sunscreen' dekat saya. Dari tadi dok Google apa benda yang pelanggan bagi ni.

"Rupanya lindung kulit daripada matahari. Ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit saya, 'rider' kan. Kena panas terik semua," ciapnya pantas tular di laman sosial.

Pekerjaannya memerlukan dirinya terpaksa berhadapan dengan cuaca tidak menentu demi mencari rezeki.

"Saya pagi lagi dah kena panas. Yela, sekarang cuaca kan tak menentu, jadi 'rider' ni semua kena redah tak kisahlah panas terik ke hujan demi mencari rezeki. Sesuap nasilah orang kata.

"Terima kasih @soulusiMY sebab bagi 'sunscreen' ni, boleh saya berjinak-jinak jaga muka," ujarnya.

Penularan entri Jalal membuatkan netizen berkongsi pengalaman masing-masing tentang penjagaan kulit terutama buat penunggang motosikal betapa pentingnya penjagaan kulit daripada terdedah dengan sinaran matahari.

Artikel Berkaitan:

@aizadhamzah memberitahu, "Pakai bro jangan tak pakai. Ada sesetengah orang sanggup tunggu diskaun baru beli tu."

Kata @fdhly_, "Seronok kerja 'rider' sebab macam nilah. Ramai pelanggan baik hati. Lepas ni dapatlah jaga kulit tu haha."

Perkongsian itu turut mencuri perhatian netizen wanita yang turut memberi tips cara pemakaian krim tersebut.

Kata @N_Saberilla, "'Best' pakai ni langsung tak melekit dan tak rasa rimas. Awak picit kat tapak tangan agak-agak cukup untuk satu muka, lepas itu tepuk-tepuk kat muka, dah rata baru sapu seluruh muka. Jangan banyak sangat nanti jadi momol putih," ciapnya.

Dalam pada itu, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua penghantar barang yang telah bersusah payah selama ini.

“Kepada semua 'rider' (penghantar barang), terima kasih banyak di atas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat barang yang kami pesan.” tulisnya @ikalia.