Dua beradik rancang bom pesawat dipenjara 76 tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

CANBERRA - Sebuah mahkamah di Australia menjatuhkan hukuman penjara 76 tahun terhadap dua saudara lelaki kerana merancang untuk meletupkan penerbangan Etihad Airways dari Sydney ke Abu Dhabi.

Khaled Khayat, 51, dijatuhi hukuman penjara 40 tahun tanpa parol manakala adiknya, Mahmoud Khayat, 34, dipenjara 36 tahun tanpa kemungkinan dibebaskan sehingga 2024.

Bom itu disembunyikan di dalam pengisar daging pada Julai 2017 dan diletakkan di dalam bagasi adik ketiga mereka, Amer Khayat.

Amer yang secara tidak sengaja membawa naik ke pesawat sebelum digagalkan di Lapangan Terbang Sydney.

Khaled dan Mahmoud kemudiannya merancang serangan berasingan menggunakan gas beracun.

Difahamkan, Amer dipenjara selama dua setengah tahun di Beirut selepas ditahan di luar negara dan mahkamah tentera membebaskannya dari sebarang penglibatan September lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!