Pelayaran ehsan bawa pesakit dari Pulau Perhentian

Pesakit dari Pulau Perhentian menaiki bot Penyelamat 7 malam tadi.
Pesakit dari Pulau Perhentian menaiki bot Penyelamat 7 malam tadi.
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan melaksanakan pelayaran ehsan bagi membawa seorang pesakit dari Pulau Perhentian ke Hospital Besut.

Pengarahnya, Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Nik Jah Majid, 45, yang mengalami sesak nafas perlu mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

Katanya, selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.30 malam, bot Penyelamat 7 diketuai Leftenan Madya Maritim Faris Mohd Sidek terus menuju ke pulau berkenaan.

"Bot tiba di Jeti Maritim di Tok Bali jam 11 pagi hari ini kerana keadaan laut yang sangat bergelora. Demi keselamatan, ia tidak boleh tiba malam tadi.

“Pesakit yang ditemani suaminya terus dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, pada tahun 2018, sebanyak 23 pelayaran ehsan dilaksanakan membabitkan pulau sama atas pelbagai sebab termasuk faktor cuaca yang menyebabkan bot penumpang gagal beroperasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!