Buat, jual roti sendiri demi dana pulihara penyu

Ahmad Iszuddin juga terlibat dalam aktiviti penjagaan pantai sekurang-kurangnya dua kali setahun. Gambar kanan: Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham telah menghasilkan sebanyak 15,000 biskut malah turut mengarang buku resipi, ‘In The Kitchen With Iszuddin’.
Ahmad Iszuddin juga terlibat dalam aktiviti penjagaan pantai sekurang-kurangnya dua kali setahun. Gambar kanan: Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham telah menghasilkan sebanyak 15,000 biskut malah turut mengarang buku resipi, ‘In The Kitchen With Iszuddin’.
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha seorang remaja berusia 13 tahun yang membantu pemuliharaan penyu belimbing wajar dijadikan contoh.

Meskipun masih muda, Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham menunjukkan komitmen padu melalui masa dan tenaganya sejak tiga tahun lalu menyelamatkan hidupan liar dengan menjual roti dan biskut sehingga berjaya dana bagi memastikan spesies penyu itu dilindungi.

Menerusi misinya itu, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Seri Hartamas, Kuala Lumpur itu dia memperoleh Anugerah Yayasan Tuanku Bainun, Young Changemakers 2019, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Iszuddin, misi itu dimulakan selepas menonton video di dalam kelas sains mengenai spesies itu yang semakin terancam.

“Saya diberitahu bahawa haiwan itu akan pupus di seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya sedikit usaha dilakukan untuk melindungi haiwan terbabit.

“Saya menangis dua kali melihat video itu dan apa yang saya ingin buat sekarang adalah menyelamatkan haiwan tersebut,” katanya.

Dia kemudiannya belajar memasak daripada ibunya dengan membuat roti dan biskut untuk dijual kepada orang ramai pada hujung minggu.

Anak bongsu daripada lima beradik ini juga turut menjual buku resipi yang dikarangnya sendiri, ‘In The Kitchen With Iszuddin’.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Iszuddin (dua dari kiri) antara penerima Anugerah Yayasan Tuanku Bainun, Young Changemakers 2019, baru-baru.
Ahmad Iszuddin (dua dari kiri) antara penerima Anugerah Yayasan Tuanku Bainun, Young Changemakers 2019, baru-baru.

Ahmad Iszuddin juga terlibat dalam aktiviti penjagaan pantai sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Menurut ibunya, Nor Azlina Ishak, 46, beliau sentiasa menyokong minat dan usaha anaknya itu dan berharap ia akan berterusan.

"Dia seorang anak yang kuat semangat dan tidak mudah mengalah. dan dia tidak minta perhatian atas usahanya ini, tetapi pengiktirafan diberikan membuatkannya terus bersemangat untuk memulihara hidupan laut," katanya.

Nor Azlina juga menzahirkan rasa gembira dan memanjatkan rasa syukur apabila usaha anaknya itu diiktiraf.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada pelancaran buku bertajuk '40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar’ itu turut memuji usaha yang dilakukan Ahmad Iszuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan manusia punca bencana alam meningkat: Sultan Nazrin

Baginda bertitah, usaha yang dilakukan anak muda seperti Iszuddin itu perlu dijadikan inspirasi oleh anggota masyarakat dalam menghadapi cabaran menangani masalah pemuliharaan alam sekitar kerana melaksanakan usaha kecil adalah lebih bermakna daripada bersifat pasif dan berdiam diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!