Tujuh unit rumah setinggan hangus

Api sedang marak ketika anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian di Taman Pandan Jaya pagi tadi.
Api sedang marak ketika anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian di Taman Pandan Jaya pagi tadi.
A
A
A

AMPANG - Penghuni tujuh unit rumah setinggan tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Pandan 5/6 Taman Pandan Jaya pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 4.27 pagi.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan, BBP Ampang, BBP Pudu dan BBP Hang Tuah tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran.

"Kebakaran melibatkan tujuh rumah setinggan yang terletak di atas tanah berkeluasan 0.2 hektar.

"Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran selepas 25 minit kerja pemadaman api dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.