Tiada kes empangan pecah di Cameron Highlands: Polis

Polis mengesahkan berita mengenai empangan pecah di Cameron Highlands yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu.
Polis mengesahkan berita mengenai empangan pecah di Cameron Highlands yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu.
A
A
A

KUANTAN - Polis mengesahkan berita mengenai empangan pecah di Cameron Highlands yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, sehingga hari ini tiada kes empangan pecah berlaku di negeri ini.

Menurutnya, pihaknya sentiasa meningkatkan pengawasan di kawasan terlibat banjir mahupun dikenalpasti berkemungkinan banjir.

"Baru-baru ini ada ditularkan empangan di Cameron Highlands pecah sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai. Saya ingin menegaskan bahawa tiada empangan di mana-mana lokasi di negeri ini pecah.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak polis terlebih dahulu sebelum menularkan sebarang berita yang tidak diketahui kebenarannya. Usah cepat menyampaikan sesuatu sedangkan ia palsu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang di Alor Akar di sini hari ini.

Pada perhimpunan tersebut turut diadakan Majlis Penyerahan Kenderaan Toyota Hilux Double Cab dan Mitsubishi Outlander kepada Jabatan Dan Daerah Kontinjen Pahang.

Terdahulu, tular di Youtube sebuah video berdurasi 12 saat memaparkan dakwaan visual empangan Cameron Highlands dengan air deras yang turut dimuat cetak dan diedarkan ke aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Abd Jalil memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau media sosial kerana ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Mereka yang menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan didakwa di mahkamah.

"Jika didapati bersalah, mereka boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab... sebar tentang banjir, empangan pecah dan sebagainya ini amat mengelirukan sehingga boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai," katanya

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan atau memanjangkan mesej berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!