Lelaki melecur rumah terbakar

Anggota bomba membantu mangsa yang melecur di lengan kiri selepas rumahnya di Bandar Baru Uda terbakar pagi tadi.
Anggota bomba membantu mangsa yang melecur di lengan kiri selepas rumahnya di Bandar Baru Uda terbakar pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki melecur di bahagian lengan kiri selepas rumahnya di Pangsapuri Titiwangsa, Bandar Baru Uda di sini terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, Mohd Suhaimi Jamal berkata, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama tiga jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah pangsapuri di tingkat bawah.

"Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 24 tahun yang melecur di bahagian lengan dan telah keluar dari rumah yang terbakar itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!