MBSA nafi anjur pertandingan memancing

MBSA menafikan pihaknya menganjurkan Pertandingan Memancing Shah Alam Ambang 2020 seperti yang tular di Facebook dan WhatsApp.
MBSA menafikan pihaknya menganjurkan Pertandingan Memancing Shah Alam Ambang 2020 seperti yang tular di Facebook dan WhatsApp.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) nafi menganjurkan Pertandingan Memancing Shah Alam Ambang 2020 yang menawarkan hadiah lumayan seperti tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, orang ramai diminta berhati-hati dan tidak terpedaya dengan 'scammer' atau sebarang pertandingan yang tiada kelulusan.

"MBSA juga kesal dengan penggunaan logo MBSA bagi tujuan mengelirukan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tersebar iklan bergambar memaparkan logo MBSA berhubung penganjuran pertandingan memancing dengan yuran pendaftaran sebanyak RM100 seorang.

Menerusi iklan itu, pertandingan tersebut dijangka berlangsung di Taman Tasik Shah Alam pada 30 hingga 31 Disember ini bermula dari jam 7 pagi hingga jam 12 tengah hari.

Iklan itu turut menyatakan johan pertandingan bakal membawa hadiah RM30,000 manakala naib johan RM15,000 dan pemenang ketiga RM5,000.

Sementara tempat keempat hingga ke-15 pula sebanyak RM1,000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!