Erdogan tiba di Malaysia untuk Sidang Kemuncak KL 2019

Erdogan disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menngunakan pesawat khas membawa presiden itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. - Foto Bernama
Erdogan disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menngunakan pesawat khas membawa presiden itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bertujuan menangani isu-isu yang membelenggu ummah dan dunia Islam.

Pesawat khas membawa presiden itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 1.30 tengah hari ini.

Ketibaan Erdogan disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Erdogan akan menyertai Pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin negara Islam pada sidang tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Sebelum ini, Presiden Iran, Hassan Rouhani tiba di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sidang kemuncak tersebut ​​​​​​​antara lain bertujuan membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu serta yang boleh digunakan untuk masalah yang menimpa dunia Islam dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam.

Ia juga bertujuan untuk membentuk jaringan antara pemimpin Islam, cendekiawan, ulama dan pemikir di seluruh dunia serta menghidupkan semula tamadun Islam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!