Hasrat kaut untung berkali ganda di Thailand gagal

Ketum yang masih segar ditujukkan Hasanuddin (tengah) ketika sidang media hari ini.
Ketum yang masih segar ditujukkan Hasanuddin (tengah) ketika sidang media hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Hasrat tiga lelaki mengaut keuntungan empat kali ganda dalam cubaan menyeludup ketum ke negara jiran tersekat apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Siput, Pasir Mas, semalam.

Tiga mereka yang berusia antara 20 hingga 41 tahun ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan mereka dan melakukan intipan sebelum menemui tiga lelaki terbabit bersama 450 kilogram daun ketum di bahagian bawah rumah.

Hasanuddin (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas pasukan serbuan semalam.
Hasanuddin (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas pasukan serbuan semalam.

“Kesemua ketum dalam ikatan kecil berjumlah 2,000 ikat bernilai RM13,500 dijumpai di atas lantai dan dipercayai bertujuan untuk seludup ke negara jiran.

“Mengikut pasaran tempatan, ketum dijual dengan harga sekitar RM20 hingga RM30 sekilogram, manakala di negara jiran (Thailand) harga melambung sehingga RM80 sekilogram,” katanya pada sidang media, di IPK, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!