Pendapatan ASB 5.50 sen seunit
PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2019.
Kelembapan pasaran dunia adalah antara sebab utama mengapa jumlah pengagihan ASB adalah rendah untuk tahun tersebut.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata ia membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion dan turut memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang.
Bagi tahun 2019, jumlah pengagihan ASB adalah 5.50 sen seunit.
Tahun 2018, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit yang dianggap sebagai pulangan terendah dalam sejarah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Goodnite lancar tilam Love Series lV
SPNB rancangan bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan
Bin Zayed International tarik diri projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion
Dr Taufiq kritik pentadbiran Sanusi ekoran pelabur tarik diri
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL dan Putrajaya
Tong ais simpan 3,000 bungkus air ketum
Polis tembak polis kerana tidak senang pelaku tangkap pengusaha lombong haram
Sabah hadiahkan kemenangan perpisahan bermakna buat Kim Swee