Wanita terkejut mendiang suami tinggalkan 20 senjata api
HONG KONG - Seorang warga emas di Hong Kong terkejut apabila menemui lebih 20 senjata api ketika sedang mengemas barangan milik suaminya yang meninggal dunia baru-baru ini.
Polis yang tiba di rumah wanita itu di Model Housing Estate percaya kesemua senjata tersebut telah disimpan sejak lebih sedekad lalu dan hanya disedari kewujudannya kelmarin.
"Suami saya seorang penggemar senjata api dan suka mengumpul senjata mainan. Saya tidak pernah tahu dia ada banyak koleksi senjata sebenar. Dia tidak pernah keluarkannya," kata wanita itu.
Difahamkan, semua senjata tersebut dibalut dengan surat khabar lama dan disimpan di dalam beg pakaian serta di dalam almari.
Polis turut merampas senjata terbabit untuk siasatan lanjut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!