Doktor Malaysia perkenalkan tudung steril pertama

Farah (kiri) bersama pakar bedar Gill Tierney. - Foto BBC
Farah (kiri) bersama pakar bedar Gill Tierney. - Foto BBC
A
A
A

LONDON - Seorang doktor rakyat Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom (UK), Farah Roslan memperkenalkan tudung steril pakai buang pertama untuk dewan bedah di negara itu.

Memetik laporan BBC, Farah mengutarakan idea ketika menjalani latihan di Royal Derby Hospital di negara berkenaan.

Idea itu dilontarkan kerana kebimbangan terhadap jangkitan kuman ketika mengenakan tudung yang sama dalam tempoh lama ketika melaksanakan tugas.

"Saya guna tudung yang sama seharian, sudah tentunya tidak bersih," katanya.

Dalam pada itu, Farah berkata, beliau pernah dikehendaki keluar secara terhormat sebelum menjalankan prosedur pembedahan disebabkan pakaiannya itu.

Katanya, beliau berharap kaedah itu dapat diperkenalkan secara meluas namun ia bergantung kepada kepercayaan setiap individu tersebut, menurut NHS England.

Beliau juga akan mencari idea sebelum dapat mengeluarkan rekaan bersesuaian di samping penggunaan fabrik yang selesa.

Farah yang bekerja di Lincolnshire berkata, idea itu timbul ketika dia menjadi pelajar perubatan di University Hospitals of Derby and Burton NHS Trust.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pakar bedah Gill Tierney yang juga mentor kepada Farah memberitahu, idea tudung itu adalah pertama kali diutarakan di hospital tersebut.

"Kami faham isu ini selalunya tidak diberi perhatian dan ia senyap begitu sahaja, malah saya rasa ia langsung tidak diperkatakan sebelum ini.

"Lagipun bagi menghasilkan tudung ini tidak perlu menggunakan kos yang tinggi dan berharap akan memberi impak besar kelak," katanya.

Difahamkan, pihak University Hospitals of Derby and Burton NHS Trust berkata, tudung itu akan mula digunakan pada awal Disember ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!