[VIDEO] Kucing nak lintas jalan, polis trafik bantu beri laluan

Paparan Twitter tular di laman sosial.
Paparan Twitter tular di laman sosial.
A
A
A

JAKARTA - Aksi spontan polis trafik memberi laluan kepada seekor kucing ketika mahu melintas jalan raya tular di laman sosial.

Perkongsian video dimuat naik di Twitter @crazyinINA menunjukkan polis dari negara itu menahan beberapa buah kenderaan sebelum memberi laluan kepada seekor kucing melintas jalan malah memastikan kucing itu selamat tiba ke seberang jalan.

Walaupun hanya sekadar seekor kucing, namun tindakan anggota trafik itu mendapat pujian dari netizen malah ada juga berasa ia sangat lucu.

Video berdurasi 18 saat itu mencecah 797,300 tontonan setelah dimuat naik kelmarin, 44,600 tanda suka dan 27,200 ciapan dari netizen.

Ada juga netizen mempersoalkan kenapa anggota polis itu tidak mengendong sahaja kucing itu ke seberangi jalan.

Namun kata @didiekarisma, "Jika anggota berbuat demikian, berkemungkinan kucing itu akan meronta selain boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna lain. Bukan itu sahaja mungkin kucing itu boleh mati gara-gara dilanggar kenderaan."

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!