[VIDEO] Gelagat lucu tiga pencuri seperti 'The Three Stooges'

Paparan video tular di laman sosial mencecah hampir 600,000 tontonan.
Paparan video tular di laman sosial mencecah hampir 600,000 tontonan.
A
A
A

PENULARAN klip video memaparkan tiga sekawan dalam cubaan mencuri sebuah televisyen di dalam sebuah bangunan mencuit hati netizen kerana gelagat mereka saling tak tumpah seperti 'The Three Stooges'.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan lelaki itu bergelut mencabut televisyen yang melekat pada dinding sebelum didatangi dua rakannya untuk membantu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu juga menyaksikan rakannya merempuh pintu secara tidak sengaja dan mereka juga dilihat jatuh beberapa kali sebelum berusaha melarikan televisyen tersebut.

Ternyata gelagat mereka menghiburkan netizen yang sehingga kini video itu mencecah hampir 600,000 tontonan.

Mereka juga dipercayai masuk ke kedai menerusi tingkap cermin setelah melihat serpihan kaca bertaburan di lantai.

Netizen juga menyifatkan gelagat tiga sekawan itu bukan untuk merompak tetapi seperti penggambaran filem komedi.

Kata @MMKKatichuk, "Mereka seperti pelakon komedi berbanding pencuri."

@CraziestIdiots, "Pencuri perlu tahu dan belajar cara kendali barang mahal."

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!