Sampel DNA pada 'gula-gula getah' berusia 5,700 tahun

Gula-gula getah berusia 5,700 tahun itu ditemukan ketika kerja penggalian di Syltholm di selatan Denmark. - Foto: AFP
Gula-gula getah berusia 5,700 tahun itu ditemukan ketika kerja penggalian di Syltholm di selatan Denmark. - Foto: AFP
A
A
A

COPENHAGEN - Saintis Denmark berjaya mengekstrak sampel DNA manusia pada objek berusia 5,700 tahun yang didakwa seperti gula-gula getah.

Sampel Zaman Batu itu memberi maklumat yang cukup tentang sumber jantina, makanan terakhir yang diambil dan kuman di dalam mulutnya.

Maklumat yang diperoleh itu juga menunjukkan wanita itu berambut dan berkulit gelap serta memiliki mata berwarna biru.

Secara genetik, wanita itu berkait rapat dengan pemburu dari tanah besar Eropah berbanding mereka yang tinggal di tengah Scandinavia pada masa tersebut.

"Ia adalah pertama kali genom manusia diekstrak selain daripada tulang," kata penulis bersama kajian diterbitkan dalam Nature Communications itu, Hannes Schroeder dari Universiti Copenhagen.

Maklumat yang diperoleh daripada hasil ekstrak DNA itu menunjukkan ia adalah milik wanita berambut dan berkulit gelap serta mempunyai mata berwarna biru.
Maklumat yang diperoleh daripada hasil ekstrak DNA itu menunjukkan ia adalah milik wanita berambut dan berkulit gelap serta mempunyai mata berwarna biru.

Menurutnya sampel itu ditemukan ketika penggalian dilakukan di Syltholm di selatan Denmark.

"Syltholm sangat unik. Setiap fosil diselaputi lumpur yang menjadikan ia terpelihara dengan baik," ujar seorang lagi penulis kajian itu, Tehis Jensen.

Artikel Berkaitan:

Penyelidik terbabit juga menemukan jejak DNA tumbuhan (kacang hazel) dan haiwan (itik) mengesahkan tentang komuniti yang tinggal di kawasan itu.

Tetapi, mereka tidak dapat pastikan objek tersebut adalah sejenis gam atau alat membersihkan gigi atau sememangnya gula-gula getah ketika zaman tersebut. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!