Kes Adib: Dua daripada sembilan saksi tampil bantu siasatan

Laporan Sinar Harian berkaitan perkembangan kes Muhammad Adib baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian berkaitan perkembangan kes Muhammad Adib baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua daripada sembilan saksi yang sedang dikesan polis tampil bagi membantu siasatan kes bekas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan 34 individu.

"Kita juga telah merakam keterangan pegawai, anggota polis yang berada di tempat kejadian, ahli kimia, pakar perubatan dan orang ramai," katanya kepada Sinar Harian.

Pihak polis sebelum ini mengesahkan pihaknya sedang mengesan sembilan individu bagi membantu siasatan kes kematian Muhammad Adib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua individu itu merupakan saksi di lokasi kejadian.

Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan sembilan individu bantu siasat kematian Adib

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!