Rahsia Anuar Zain awet muda di usia 49 tahun

Anuar Zain
Anuar Zain
A
A
A
DEWASA ini, apabila bercakap mengenai penjagaan wajah dan produk kecantikan, ia tidak lagi dikaitkan dengan kaum wanita, sebaliknya, kaum Adam juga sudah mula menitikberatkan soal itu.

Atas faktor itulah mendorong penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Anuar Zain, mengeluarkan produk penjagaan wajah iaitu serum jenama Allevier sejak akhir tahun lalu.

Menurut figura berusia 49 tahun ini, dia sudah lama mengimpikan untuk mengeluarkan produk penjagaan wajah sendiri, selepas sering didatangi syarikat penjagaan wajah dari luar negara yang memintanya mencuba produk mereka.

Dari situ, dia terfikir untuk mengeluarkan sebuah produk sendiri, namun tidak yakin kerana merasakan produk kecantikan lebih sinonim pada kaum wanita.

"Sejujurnya saya sudah lama mengimpikan untuk keluar dengan produk penjagaan wajah sendiri, tapi tidak yakin dan tidak tahu caranya.

"Sehinggalah saya berjumpa dengan beberapa rakan yang boleh saya katakan sebagai rakan lepak dan dari situ kami berkongsi idea dan pendapat. Dari idea dan pendapat itulah kami bergerak untuk hasilkan serum ini yang sesuai untuk lelaki dan wanita, semua jenis kulit dan peringkat umur," ujarnya kepada Sinar Harian, ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan, baru-baru ini.

No Image Caption

Tambah pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini, antara sebab utama dia memilih produk penjagaan wajah adalah disebabkan dia merasakan penampilan seseorang itu juga penting, lebih-lebih lagi buat mereka yang perlu berjumpa dengan orang ramai.

"Saya bagi contoh diri sendirilah. Kerja macam saya memerlukan saya berjumpa dengan orang ramai dan saya amat mementingkan penampilan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya pertuturan dan penampilan adalah satu key first impresion orang lain terhadap kita.

"Selain itu tentulah untuk menjaga kulit agar nampak lebih muda, anjal, kulit lebih cantik," jelasnya.

Tidak mengambil mudah soal kandungan di dalam serum tersebut, Anuar berkata, dia bersama rakan kongsinya, menekankan pengunaan bahan selamat dan turut menggunakan formula dari Jepun iaitu VCIP.

"Kami mahu produk ini menjadi bahan semula jadi untuk kulit, jadi kami gunakan kandungan yang sesuai, premium dan selamat untuk semua.

"Serum Allevier ini juga water based, tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Setakat ini kami menerima respons positif daripada mereka yang sudah menggunakannya dan saya sendiri merasai kesannya selepas sebulan menggunakan, di mana jeragat pada kulit saya berkurangan.

"Walaupun menggunakan bahan yang mahal dan bagus, kami hanya jual ia pada harga RM100 sahaja," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!