Tip memikat suri hati

No Image Caption
A
A
A

KEKEMASAN rambut, pilihan nuansa baju dan personaliti cukup penting untuk mereka yang julung-julung kalinya berhasrat keluar dating.

Maklumlah imej maco dan sisi maskulin perlu ditonjolkan demi memikat si penawan hati.

Bak kata Mohd Fareez Zamri, impresif pandangan pertama adalah penting sebelum menginjak ke langkah seterusnya.

Penampilan diri juga boleh menjadi skop penentu sama ada kisah cinta pasangan itu berpanjangan atau tidak.

Lebih menarik, perkongsian pereka fesyen yang juga pemilik jenama Fareez Zamri Couture itu turut mementingkan pilihan lokasi pertemuan dan elemen kejutan supaya misi si pencuri hati berjaya untuk percubaan kali pertama!

Jejaka yang pemurah dengan senyuman itu turut menyimpulkan beberapa tip menarik buat si teruna yang ingin bertemu suri hati untuk dikongsikan kepada pembaca e-Trend minggu ini.

PENAMPILAN sangat penting bagi memberikan impresif menakjubkan untuk pandangan mata pertama kerana kekemasan diri turut dinilai ketika pertemuan itu.
PENAMPILAN sangat penting bagi memberikan impresif menakjubkan untuk pandangan mata pertama kerana kekemasan diri turut dinilai ketika pertemuan itu.

1. Penampilan

Artikel Berkaitan:

Elemen penting dalam perhubungan adalah penampilan diri. Buat si jejaka berjambang, disarankan supaya merapi janggut untuk nampak lebih kemas.

Percayalah, jika anda membuat dandanan rambut baharu lebih stailo, pasti akan membawa kelainan pada wajah!

2. Pilihan busana

Tidak perlu berfesyen sehingga memakai sut tuksedo demi memikat hati. Cukup dengan pilihan busana yang santai dan selesa.

Lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia yang panas lembap, pilihlah pakaian yang bersesuaian yang boleh menampilkan sisi maskulin anda.

PILIHAN busana yang selesa dan sesuai memberikan keyakinan diri buat si jejaka yang pertama kali menjalinkan hubungan percintaan.
PILIHAN busana yang selesa dan sesuai memberikan keyakinan diri buat si jejaka yang pertama kali menjalinkan hubungan percintaan.

3. Personaliti

Jadilah diri sendiri. Tidak perlu berlakon menjadi orang lain untuk membanggakan hati pasangan. Hanya perlu jujur pada hari pertemuan dan tunjukkan keperibadian sebenar.

Biarpun gabra, jangan menampakkan ekspresi panik, berbual isu yang menarik seperti profil diri. Jangan sesekali menjadi si monopoli perbualan, dengarlah juga si dia bercerita.

RANCANG lokasi pertemuan yang tenang dan mendamaikan kerana pertemuan pertama adalah momen yang paling diingati.
RANCANG lokasi pertemuan yang tenang dan mendamaikan kerana pertemuan pertama adalah momen yang paling diingati.

4. Rancang pertemuan

Rancang lokasi pertemuan yang tenang dan mendamaikan. Selalunya pertemuan pertama adalah momen yang paling diingati.

Tempahlah ruang khas untuk bersama si dia demi menjaga privasi dan elakkan bertemu di tempat bising kerana suasana itu boleh merosakkan mood.

HADIAH kejutan menjadi elemen tambahan untuk memikat hati pasangan.
HADIAH kejutan menjadi elemen tambahan untuk memikat hati pasangan.

5. Hadiah kejutan

Jika mahu jadikan pertemuan pertama lebih diingati, bawalah hadiah sebagai kejutan untuk bakal suri hati.

Tidak perlu aksesori mewah, sekuntum ros merah atau sejambak bunga sudah memadai bagi menggambarkan anda seorang yang prihatin dan penyayang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!