Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

Usaha giat dijalankan bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tergelincir ketika memancing di Sungai Telok, Kampung Baru pagi tadi. - Foto ihsan BBP Kota Tinggi
Usaha giat dijalankan bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tergelincir ketika memancing di Sungai Telok, Kampung Baru pagi tadi. - Foto ihsan BBP Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Telor Kampung Baru, di sini kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Difahamkan rakan remaja terbabit, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sempat diselamatkan orang ramai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Nasrul Jalil berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Usaha giat dijalankan bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergelincir ketika memancing di Sungai Telok, Kampung Baru pagi tadi. - Foto ihsan BBP Kota Tinggi
Usaha giat dijalankan bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergelincir ketika memancing di Sungai Telok, Kampung Baru pagi tadi. - Foto ihsan BBP Kota Tinggi

"Salah seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan seorang lagi mangsa masih belum ditemui," katanya.

Jelasnya, keadaan arus sungai deras ketika tinjauan dilakukan sebelum pihaknya memulakan operasi SAR.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!