Lebih 100 ditahan bantah undang-undang kewarganegaraan baharu

Polis mengheret seorang penunjuk perasaan yang menyertai protes di New Delhi hari ini. - Foto: AFP
Polis mengheret seorang penunjuk perasaan yang menyertai protes di New Delhi hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

NEW DELHI - Polis hari ini memberkas lebih 100 penunjuk perasaan di bandar utama di India selepas kumpulan terbabit melanggar larangan mengadakan protes terhadap undang-undang kewarganegaraan baharu yang mengecualikan orang Islam.

Puluhan penunjuk perasaan membanjiri laluan utama selepas undang-undang baharu itu didakwa sebagai cubaan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi untuk menjadikan New Delhi sebagai 'negara India'.

Ahli sejarah, Ramchandra Guha adalah antara yang ditahan di Bangalore.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan lebih 100 ditahan, malah penunjuk perasaan wanita turut diheret tanpa belas kasihan.

Kumpulan yang ditahan itu kemudiannya dibawa dengan beberapa bas dan kenderaan lain ke lokasi yang tidak diketahui.

Kelmarin, pihak berkuasa mengetatkan sekatan terhadap penunjuk perasaan termasuk menyekat internet dan mengenakan perintah berkurung di Assam. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!