Warga China ceroboh resort Trump ditahan

Seorang warga China ditahan kerana menceroboh resort Mar-a-Lago milik Trump di Florida semalam. - Foto: AFP
Seorang warga China ditahan kerana menceroboh resort Mar-a-Lago milik Trump di Florida semalam. - Foto: AFP
A
A
A

MIAMI - Seorang warga China ditahan kerana menceroboh resort Mar-a-Lago milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Florida semalam, lapor media tempatan.

Menurut kenyataan jurucakap Polis Palm Beach, Michael Ogrodnick kepada stesen televisyen NBC 6 South Florida, Jing Lu, 56, dihalang pegawai keselamatan di kelab persendirian terbabit dan diminta beredar, namun wanita itu dikatakan kembali untuk mengambil gambar.

Lu yang memiliki visa tamat tempoh kini ditahan di penjara Palm Beach atas tuduhan menceroboh kelab persendirian itu.

"Saya masih belum mengetahui butiran insiden terbabit," kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang ketika ditanya berhubung penahanan tersebut hari ini.

Pada Mac lalu, seorang warga China ditahan susulan cubaan memasuki Mar-a-Lago dengan membawa beberapa telefon bimbit dan pemaju jari atau thumb drive berisi perisian hasad (malware).

Zhang Yujing, 33, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada November lalu kerana menceroboh dan berbohong kepada agensi Perkhidmtan Rahsia. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!