Tiga konsesi bergabung salur bantuan Kembali Ke Sekolah

Sazally bergambar bersama penerima sumbangan Kembali Ke Sekolah di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini.
Sazally bergambar bersama penerima sumbangan Kembali Ke Sekolah di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sprint dan Smart berganding bahu menjayakan program kebajikan Kembali Ke Sekolah yang diadakan hari ini.

Ketua Jabatan Komunikasi, Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, seramai 60 pelajar dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dan Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur terpilih menerima bantuan persekolahan tersebut.

Menurutnya, setiap pelajar menerima sumbangan keperluan sekolah, beg berserta kelengkapan alat tulis bernilai RM200.

"Sumbangan ini bagi meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan sempena sesi persekolahan 2020.

Sazally (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima bantuan Kembali Ke Sekolah pada majlis penyerahan di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini.
Sazally (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada salah seorang penerima bantuan Kembali Ke Sekolah pada majlis penyerahan di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini.

"Kedua-dua rumah amal turut menerima bantuan RM2,000 untuk kegunaan operasi dan pentadbiran," katanya pada program penyerahan di Kompleks Operasi Litrak di sini hari ini.

Majlis penyerahan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Litrak&Sprint, Sazally Saidi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Smart, Sharifah Alauyah Wan Othman.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sejumlah RM23,000 diperuntukkan bagi menjayakan program di bawah tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.

"Dengan bantuan ini, diharapkan ia memberi manfaat dan meringankan beban pelajar dan keluarga dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!