'Jawapan terakhir Alif pada saya'

Nora mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya. - Foto Instagram Nora
Nora mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya. - Foto Instagram Nora
A
A
A

KEHILANGAN anak kesayangan pergi secara mengejut pastinya memberi tamparan hebat buat penyanyi terkenal, Nora Ariffin.

Malam tadi, Nora mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Alif sewaktu hayatnya.

Memetik Astro Awani, perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 46, menerusi Instagram Story miliknya malam tadi.

"Setiap malam waktu-waktu begini, bila Alif ada di rumah, dialah yang akan menemani saya minum air sambil berborak. Masa kualiti untuk kami.

"Setelah Johan (Allahyarham Johan Nawawi) tak ada, Iman berkahwin dah tinggal berasingan. Aliflah yang menjadi anak lelaki di rumah. Bila dia habis kelas, dia mesti balik rumah.

"Dialah pendengar segala cerita, teman berbual, teman keluar jalan-jalan bersama adik-adik lain, penasihat, peminat, penyokong dan pengkritik saya," luahnya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya pada 14 Disember lalu.

Anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan rebah di rumahnya selepas pulang menghantar Nora ke lapangan terbang.

Artikel Berkaitan:

Nora sebelum ini kehilangan suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki Nora Ariffin meninggal dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!