Rawang kembali dilanda banjir kilat

Keadaan banjir kilat di Jalan Rawang menghala Batu Arang. - Foto FB: Samuel Chong
Keadaan banjir kilat di Jalan Rawang menghala Batu Arang. - Foto FB: Samuel Chong
A
A
A

RAWANG - Banjir kilat sekali lagi melanda kawasan di Rawang membabitkan Jalan Rawang-Batu Arang petang tadi.

Kejadian yang disusuli dengan hujan lebat berterusan itu difahamkan berlaku kira-kira jam 5 petang tadi melibatkan kawasan sejauh 500 meter bermula dari susur keluar tol Rawang hingga persimpangan Aeon Rawang.

Menerusi gambar dikongsi orang awam di Facebook Rawangku, air naik kira-kira 70 sentimeter dan kelihatan beberapa kenderaan meredah banjir kilat tersebut.

Beberapa laman sosial Facebook turut berkongsi keadaan banjir kilat di kawasan itu antaranya Rawang Community Alert dan Rawang Discovery Channel.

Banjir kilat di simpang empat berhampiran tol Rawang. - Foto: FB Rawang Discovery Channel
Banjir kilat di simpang empat berhampiran tol Rawang. - Foto: FB Rawang Discovery Channel

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan tidak menerima laporan kenderaan terperangkap atau kemalangan susulan kejadian tersebut.

Jalan Rawang- Batu Arang atau dipanggil Jalan B27 kerap dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Gong dan kali terakhir insiden sama berlaku pada Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!