Belum ada cadangan menarik pengambilalihan MAS, kata Azmin

Mohamed Azmin
Mohamed Azmin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan pemilihan rakan strategik baharu untuk syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) masih belum dapat ditentukan tahun ini kerana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) masih melihat cadangan lain.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan dikemukakan oleh pihak bagi tujuan pengambilalihan MAS dilihat 'tidak menarik' selepas perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah pada Selasa lalu.

"Oleh itu Pengerusi Khazanah iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak lembaga pengarah bersetuju untuk melibat cadangan lain sebelum kita memutuskan dengan keputusan akhir untuk melihat cadangan rakan strategik MAB sama ada daripada tempatan dan antarabangsa.

"Mesyuarat lembaga pengarah pada 17 Disember lalu telah berbincang mengenai perkara ini, namun cadangan yang dibentangkan itu tidak begitu menarik," katanya ketika ditemui selepas menjadi panelis Sesi Planeri dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan terbaharu melibatkan MAB apabila terdapat beberapa pihak berhasrat mengambil alih syarikat penerbangan nasional yang bermasalah itu termasuk menjadi rakan strategik.

Sebelum ini, dua daripada syarikat penerangan asing dilaporkan telah disenarai pendek oleh Khazanah untuk menjadi rakan strategik MAB, namun perkara itu dinafikan oleh pihak terlibat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!