Ajal awal pagi

Keadaan kawasan kemalangan di Jalan Dato Lundang di sini.
Keadaan kawasan kemalangan di Jalan Dato Lundang di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang gadis berusia 21 tahun meninggal dunia awal pagi tadi selepas terlibat dalam nahas dua motosikal di hadapan sebuah restoran di Jalan Dato Lundang, di sini.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Siti Nur Humaira Mat Zaki dari Kampung Sireh yang menunggang motosikal dari arah Guchil Bayam menghala ke Balai Islam mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai bertembung secara berhadapan dengan motosikal lain ditunggang seorang lelaki berusia 18 tahun iaitu dari arah bertentangan dari Kampung Sering.

Orang ramai membantu mendapatkan butiran peribadi mangsa semasa kejadian.
Orang ramai membantu mendapatkan butiran peribadi mangsa semasa kejadian.

"Lelaki tersebut hanya mengalami patah kaki kiri dan pemboncengnya, seorang wanita berusia 20 tahun pula mengalami kecederaan di kepala.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat dan rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!